6 KELEBIHAN AIR MATA YANG ANDA TAK KETAHUI

9 Oct

Siapa kata menangis bermakna sedih?Adakala bila terlampau gembira pun kita boleh menangis, adakala juga dengan tidak semena-mena boleh menangis.Tapi bila menangis terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi merah dan bengkak.Menangis juga merupakan penawar ajaib yang berguna kepada kesihatan tubuh dan fikiran.Berikut merupakan kebaikan menangis :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang.Jadi bukan hanya mata itu sendiri.Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang mampu membuatkan penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlukan ubat untuk titiskan ke mata,cukup dengan air mata sahaja yang berfungsi sebagai antibakteria.Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut lisozom yang dapat membunuh 90-95 % bakteria .

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis mampu menurunkan level depresi mereka kerana dengan menangis mood seseorang akan naik kembali.Air mata yang dihasilkan kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia,William Frey telah melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar kerana emosi ternyata mengandungi racun.Tapi jangan salah faham,keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa dia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangi stres
AIr mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endrophin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stres,air mata juga membantu melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi.

6. Melegakan perasaan
Walaupun anda didera dengan berbagai macam masalah dan cubaan,namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.Setelah menangis,sistem otak dan jantung akan menjadi lancar dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.

Jadi, tidak ada apa-apa kalau Anda¬†menangis¬†sesekali.Dan jangan lupa klik link ini kalau tidak saya pula yang menangis…=(

PETANDA MASTURBASI MEMBAHAYAKAN TUBUH

8 Oct

Masturbasi ibarat merogol diri sendiri,dalam bahasa lainnya mencari kenikmatan tanpa perlukan pasangan.Masturbasi merupakan aktiviti rangsangan seksual yang normal dilakukan lelaki mahupun wanita.Menurut seksologi Dr. Deidre,masturbasi mampu mengatasi masalah sukar orgasme oleh pasangan.

Tapi perlu berhati-hati jika masturbasi dilakukan secara tergesa-gesa.Menurut perunding seks Dr. Vanda Mustika, “Apabila melakukan masturbasi,risiko jangkitan penyakit kelamin boleh diminimakan.”

Berikut merupakan tanda-tanda masturbasi seseorang itu sudah sampai ke tahap berbahaya :

1. Masturbasi Sampai Melukakan Diri Sendiri
Frekuensi berapa kali dalam seminggu melakukan masturbasi, bukan ukuran apakah kelakuan seksual mereka normal atau over. Tapi jika aktiviti mendapatkan kepuasan seksual sendiri itu sudah mencapai tahap mencederakan diri sendiri, maka itu boleh dikatakan tidak normal atau berlebihan. Misalnya saja, memasukkan benda-benda asing dan tajam ke dalam vagina (botol,timun atau penyapu sampah) atau melaga-lagakan alat kelamin ke sebuah benda hingga menimbulkan luka. Itu tandanya dia sudah melakukan masturbasi secara tergesa-gesa dan memerlukan bantuan psikoseksologi.

2. Merasa Perlu Masturbasi Berkali-kali
Dalam keadaan normal, orang hanya perlu melakukan masturbasi sesekali sebagai pelepasan keperluan secara biologi. Tapi jika dia merasa perlu melakukan 3,4 hingga 10 kali dalam tempoh masa yang berdekatan, itu menunjukkan bahawa dia melancap untuk mengubati masalah emosi atau sebagai pelarian dari stres atau tekanan. Jika mendapati tanda-tanda ini, seseorang perlu meminta bantuan pakar psikiatri.

3. Mengganggu Hubungan Asmara
Adakah anda wanita single dan menggunakan masturbasi sebagai cara untuk mendapatkan keintiman? Atau anda sudah berkahwin tapi menggunakan masturbasi sebagai cara agar aktiviti seksual lebih memuaskan? Apakah pasangan mula mengeluh tentang kebiasaan masturbasi anda? Jika ya, itu bererti perilaku masturbasi anda sudah bermasalah. Jika seseorang yang memilih melakukan masturbasi daripada terlibat dalam keintiman bersama pasangan, merasa takut akan penolakan dan diabaikan, maka secara tak sedar ia sudah membuat hubungan asmara mahupun perkahwinan berada di hujung tanduk. Sebaiknya rujuk keadaan anda dengan psikologi, kaunselor perkahwinan dan seksologi.

4. Mempengaruhi Hubungan Interpersonal Secara Negatif
Saat melancap, apakah anda merasa lebih berhubung dengan tubuh sendiri, merasakan sensasi menyenangkan atau lebih percaya diri? Atau sebaliknya, merasa kesepian dan tidak selesa. Jika anda lebih sering merasa tidak disambung dengan fizikal dan mental selepas masturbasi, maka ada masalah psikologi yang perlu segera diatasi. Kerana kemungkinan mastrubasi hanya sebagai bentuk pelempias ketidakpuasan akan suatu hubungan mahupun terhadap diri sendiri.

5. Merasa Malu Melakukannya
Apakah kerana kepercayaan akan suatu agama yang tertentu, pandangan masyarakat atau nilai-nilai tertentu yang ditanamkan keluarga, merasa malu tapi tetap melakukan masturbasi boleh memberi kesan merosakkan kesihatan mental. Sangat penting untuk membicarakannya pada orang lain kerana boleh jadi itu merupakan indikasi dari gangguan mental.

6. Berusaha Menghentikan Kebiasaan Masturbasi Tapi Gagal
Salah satu penunjuk kebiasaan masturbasi sudah jadi ketagihan adalah hilangnya kawalan untuk menyekat aktiviti-aktiviti tersebut. Jika berkali-kali anda cuba untuk menghentikan masturbasi dan gagal, ada kemungkinan anda jadi kebergantungan dan boleh memberi kesan buruk pada hubungan suami-isteri jika anda sudah berkahwin nantinya. Cara terbaik adalah perundingan dengan seorang yang profesional untuk mencari penyelesaiannya.

7. Jadi Terobsesi dengan Masturbasi
Anda jadi terobsesi dan merasa asyik sendiri dengan masturbasi. Jika dalam kehidupan seharian atau ketika melakukan aktiviti yang anda fikirkan hanya apakah boleh masturbasi malam nanti atau dengan cara apa untuk bermasturbasi hari ini, kemungkinan besar anda mempunyai perilaku yang bermasalah.

Sudah baca semuanya?Sekarang klik dekat sini pula.

%d bloggers like this: